Bismillah..
Alhamdulillah hari ini terasa lebih baik..fizikal dan emosi yg lebih tenang..ingin bangkit dari rasa sedih dan yang pasti redha dengan perjalanan ini..
Hari ke-24 di Wad 7A, Hospital Sg Buloh..
Sudah 4 hari Daniya masih tenang..tiada EVD & VP shunt di kepala..little princess really calm to absorp her brain pressure..Alhamdulillah..benar kata doctor..she really a miracle baby..Moga seterusnya dipermudahkan Allah..
Happy rasa hati dpt jumpa Suffya semalam..Walaupun sekejap hati rasa terhibur melihat keletah Suffya..dah besar anak mommy..dah pandai kembar Daniya ni..seperti biasa di penghujung pertemuan Suffya x pernah menangis nak ikut mommy dia sebab dia tahu Daniya lebih memerlukan mommy..U very gud gurl la say.ng..Anyway, everyday we will see each other even thru video call..Mommy know Suffya luv adik Daniya so much kan..
Sudah 2 hari mommy beri Daniya minum air zam zam..bancuhan susu n minuman semuanya air zam zam..sambil beri mommy berdoa moga Allah beri kesembuhan pada buah hati mommy ni..berkat mukjizat zam zam ini badan Daniya lebih kuat..Rasanya terlalu banyak ubat yg badan Daniya terima sejak lahir..Harapan mommy air zam zam ini dpt melegakan tubuh Daniya..InsyaAllah..
Anyway, nak share khasiat air zam zam ini moga dengan izin Allah ia dapat menyembuhkan segala penyakit.. Insya Allah..
Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi.Rasullah S.A.W. bersabda, maksudnya :“Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai).”Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk seb...arang hajat, dia akan mencapainya. Orang – orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama’, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat dan impian beliau ini.Beliau telah menjadi seorang ulama’ yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam. Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, “Orang yang meminum air ZamZam itu:· Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.· Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.· Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.· Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.· Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.· Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.· Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.· Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.· Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.· Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘ Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam ‘ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin. Wallahu A’lam.
(Kredit pada FB Pengedar Air ZamZam)
Moga kita sama2 dapat manfaat dalam penkongsian ilmu ini.InsyaAllah..
Betul Mala...zara pun saya berikan air zam2 kalau ada. usaha dan tawakal..insyaallah
ReplyDelete