Sunday, 29 September 2013

Pengalaman melahirkan si kembar.....

Walau hari ni sudah hampir 1 tahun 5 bulan pengalaman ini berlalu tapi setiap detik situasi masih segar di ingatan..rasanya bagai mimpi apabila melahirkan kembar ini pada usia kandungan seawal 27 minggu..
 
23 April 2012..
 
Bangun pagi lebih awal sebab kena attend appointment di klinik kerajaan (KK)..beginilah rutin apabila disahkan pregnant..mommy gagah ni kena attend  appointment di KK, KPJ n Hospital Sg Buloh..Badan rasa seperti biasa..Bangun saja perasan ada tompokan darah pada bed sheet..Rasa x sedap hati sebab sepanjang mengandung x pernah sekali ada turun darah..Bedebar2 jantung memikirkan kenapa yer??Patut risau or just ignore??
 
X boleh jadi, beritahu pd hubby..apalagi terkejut la daddy to be ni..siap2 katanya pergi hospital..turun ke bawah inform mak..mak kata terus ke hospital since xde experience nk handle kandungan kembar ni..
 
Siap2 n drop mak di KK..sebenarnya plan smlm nk g KK sama dgn mak sbb appointment tarikh yg sama..lain plak jadinya..Baru 10 minit perjalanan,x jauh pun dari rumah..kami kemalangan..terkejutnya hanya Allah yang tahu..Sedari jauh perasan ada kereta dari arah bertentangan berpusing2 bagai hilang kawalan..dan akhirnya merempuh kereta kami di bahagian pintu pemandu..nasib baik rempuhan x berapa kuat sebab aku dah menjerit dulu n hubby dah cuba mengelak ke bahagian kiri jalan..selepas kereta malang tu merempuh kami ada satu lagi kereta dtg dari arah yg sama kami turut merempuhnya..so scary..
 
Berhenti di bahu jalan,aku dah menangis sebab terlalu terperanjat..menangis sambil pegang perut..selesai berbincang dgn kereta yg melanggar dan kereta ditarik ke bengkel..pintu pemandu habis remuk memang x boleh jln la..Abang Ngah dgn Mak dtg amik kami n terus ke hospital..
 
Sampai di Balai Bersalin Hospital Sg Buloh (HSB), doctor terus memeriksa perut dan kandungan..sampel darah diambil..doctor kata bleeding mcm ini maybe disebabkan kandungan dh bertambah berat + ini twin pregnancy..ECG jgk ok..both are well..scan jgk ok both dh capai berat 1kg..tapi tetap kena warded utk dipantau..Sempat juga la kena 2 dose injection utk matangkan paru2 baby..Adoi sakit yg amat!
 
25 April 2012..
 
Discharged..yeayyy!!! doctor pesan careful sbb kandungan dh nk msk 7 bln...okeh2..nk balik!
 
26 April 2012..
 
Bangun pagi terasa sakit di bahagian pinggang mcm period pain..sgt2 x selesa..breakfast pun x..Mak suruh ke hospital..again pergi HSB lg..check2,ECG n doctor diagnose kencing kotor..ok fine warded for 1 day for observation..

Hanya duduk menunggu menanti katil kosong..Sampai ke petang sakit makin terasa..setiap 15 minit pingang rasa mcm ditarik2..Nak menangis pun ada..sampai satu tahap rasa mcm x boleh duduk dgn betul..senget sana sini menahan sakit..masuk senja rasa x keruan dah..mintak nurse beri pain killer..x tertanggung dah rasanya..diperli nurse "Awak ni sakit sgt ke??Mengalahkan ibu nak bersalin.."..sakitnya hati Allah saja tahu..memang sakit sgt kot klu x xde la aku mintak pain killer!!

Ibu mengandung yg sama menunggu juga bertanya, "sakit sgt ke dik??"..Adoi sakit kak nk nangis dah ni..Pukul 11pm baru dpt katil, baru nk landing tiba2 terasa air yg sgt byk keluar membasahi kain..airnya jernih je..Kelam kabut mak buyung ni beritahu nurse..

Nurse kelam kabut suruh tukar ke wad pemantauan..aku bingung kejap bila dengar nurse kata "air ketuban awak dah pecah ni.." Doktor bergegas datang..Check  dan scan itu ini..nurse pantas tukarkan baju mcm nk kena operate..masih lg terpinga-pinga sambil mengigil..sampai doctor terangkan "Puan..air ketuban puan dah pecah..laluan pun dah buka 5cm..dari scan tadi your first twin kedudukannya melintang..so kita kena buat emergency operation..sila sign consent ni dan kita hantar puan ke OT sekarang"..wow x fikir apa dah..dalam hati anak2 ini kena keluar dgn selamat..terketar2 tangan sign consent..sempat sms pada hubby 2 kali sebelum nurse tolak katil ke OT..serius mcm mimpi!! mana tidaknya x sempat pun nak call hubby minta maaf ape yang patut..semuanya terlalu pantas..

27 April 2012..

Mengeletar dlm bilik OT waktu dah 12.30am..dlm hati berzikir dan kuatkan hati untuk lalui semua ni..Dibius di tulang belakang masih sedar..Terasa tangan doctor memegang perut dan ada benda mencucuk2..Terasa tangan doctor menarik kaki baby..Yakin itu Aisyah Suffya..Selepas tu aku dah lena..

Sedar2 bangun terasa sejuk dekat perut..rupa2nya operation dah berakhir..aku bangun terus tanya nurse mana anak2 saya??rasa nak menangis pun ada..nurse tenangkan aku.."Puan,anak puan dah dibawa ke NICU untuk bantuan pernafasan..dua2 selamat..puan jangan risau..tenangkan diri"..Alhamdulillah..Ya Allah kau lindungi mereka..Aku kembali lena sehingga la tersedar bila hubby menjenguk di wad..

#Miracletwin#Suffya&Daniya#ThanksAllah#

 
 
 
 
 

Air Zam Zam..

Bismillah..
 
Alhamdulillah hari ini terasa lebih baik..fizikal dan emosi yg lebih tenang..ingin bangkit dari rasa sedih dan yang pasti redha dengan perjalanan ini..
 
Hari ke-24 di Wad 7A, Hospital Sg Buloh..
 
Sudah 4 hari Daniya masih tenang..tiada EVD & VP shunt di kepala..little princess really calm to absorp her brain pressure..Alhamdulillah..benar kata doctor..she really a miracle baby..Moga seterusnya dipermudahkan Allah..
 
Happy rasa hati dpt jumpa Suffya semalam..Walaupun sekejap hati rasa terhibur melihat keletah Suffya..dah besar anak mommy..dah pandai kembar Daniya ni..seperti biasa di penghujung pertemuan Suffya x pernah menangis nak ikut mommy dia sebab dia tahu Daniya lebih memerlukan mommy..U very gud gurl la say.ng..Anyway, everyday we will see each other even thru video call..Mommy know Suffya luv adik Daniya so much kan..


Sudah 2 hari mommy beri Daniya minum air zam zam..bancuhan susu n minuman semuanya air zam zam..sambil beri mommy berdoa moga Allah beri kesembuhan pada buah hati mommy ni..berkat mukjizat zam zam ini badan Daniya lebih kuat..Rasanya terlalu banyak ubat yg badan Daniya terima sejak lahir..Harapan mommy air zam zam ini dpt melegakan tubuh Daniya..InsyaAllah..

Anyway, nak share khasiat air zam zam ini moga dengan izin Allah ia dapat menyembuhkan segala penyakit.. Insya Allah..

Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi.Rasullah S.A.W. bersabda, maksudnya :“Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai).”Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk seb...arang hajat, dia akan mencapainya. Orang – orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama’, misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat dan impian beliau ini.Beliau telah menjadi seorang ulama’ yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam. Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, “Orang yang meminum air ZamZam itu:· Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.· Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.· Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.· Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.· Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.· Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.· Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.· Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.· Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.· Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘ Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam ‘ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya’Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin. Wallahu A’lam.
(Kredit pada FB Pengedar Air ZamZam)
 
Moga kita sama2 dapat manfaat dalam penkongsian ilmu ini.InsyaAllah..


Friday, 27 September 2013

Wahai Aisyah Daniya kuatnya kamu.. Penghibur duka lara Aisyah Suffya..

Bismillah..
 
Niat di hati nak post setiap perjalanan kami bersama si kembar Aisyah mengikut rentetan kisahnya..Tapi mlm ini hati teringin menulis sesuatu agar lega apa yg terbuku di hati..Bukan x mahu bercerita pada seseorang tapi perasaan ini terlalu susah untuk digambarkan..Hanya pada suami tempat meluahkan segala rasa sedih..
 
Demi Allah..Hati ini pasrah dan sangat redha diatas ketentuanNya..Syukur suami juga menerima segala dugaan ini dengan sangat tenang..Walau hati kami hanya Allah yang tahu..Berjuanglah sayangku Daniya..Allah sentiasa bersamamu dikala kami hanya mampu menitipkan doa dan kekuatan..Daniya anak yang kuat,Suffya sentiasa ada dengan Daniya sepertimana kamu berdua membesar dalam perut mommy..Mommy sangat pasti sayang, semangat Suffya yang membuat kamu terus bertahan,terus kuat,terus tenang..Gelak tawa Suffya yang menjadi peneman untuk kamu ingin terus sihat..
 
Result dari MRI Daniya tidak seindah yg dijangka..Malah mommy lihat raut muka doctor Jacintra juga sgt sedih..Hakikatnya Mommy x tertahan lagi..airmata mommy jatuh juga dihadapan doctor..air mata yg selama ini mommy simpan supaya mommy terus kuat untuk kamu,Sufyya n Daddy..
 
Hari-hari mendatang menjadi hari yg sgt emosi bagi mommy..tapi senyum tawa Daniya,gambar comel Suffya di Facebook jadi kekuatan bagi mommy ..kenapa mommy perlu mengalah pada takdir Allah sedangkan doctor kata masih ada jalan untuk bantu Daniya..cuma bagaimana dan bila masih belum boleh diputuskan..
 
Ketika Mommy menulis, Daniya tidur sgt lena dan tenang..Mommy yakin Suffya juga sedang tidur dengan tenang..Sekali lagi mommy mengucap syukur pada Allah kerna disebalik segala dugaan yg maha hebat,Allah masih meminjamkan kamu berdua puteri2ku pada kami..
 
Terima kasih Allah diatas kurnianmu ini..Yakin dugaanMu ini adalah untuk mengingatkan kami supaya selalu bersyukur dengan setiap detik peluang bersama mereka puteri2ku..
 
Buat Suffya, mommy terlalu rindukan kamu..Tapi Allah sentiasa yakinkan mommy yang Suffya sentiasa selamat disamping ramai orang yang sayangkan Suffya n u have ur Daddy of course..Stay cute,smart n luvly..
 
Buat Daniya, mommy tahu Daniya kuat..anak yang tabah n menyenangkan hati mommy dan daddy..Sabarlah sayang..Allah tu tidak kejam malah Allah terlalu sayangkan Daniya dan Suffya..Sekuat mana dugaan ini, Allah tetap hantar manusia2 berhati mulia untuk bantu kita sayang..Hang on..Stay smile,gelak yg kiut2 n terus kuat..Anak mommy pasti boleh!
 
Buat suamiku, bersabarlah sayang..bersyukur abang masih tenang..bersyukur Allah kurniakan daddy setabah,sekuat dan penyayang utk miracle twin ini..
 
InsyaAllah berkat kesabaran hari2 sedih ini akan berlalu..Dan saat itu kita akan tersenyum dikala mengingati apa yang terjadi hari ini..



#SubhanaAllah#Alhamdulillah#ThanksAllah#




Sunday, 22 September 2013

Bingkisan pertama...

Alhamdulillah..Dgn Izin Allah tercreate la blog ini..Terpanggil untuk berkongsi perjalanan hidup kami sekeluarga yg penuh suka,duka..Harap pengalaman membesarkan kembar Suffya n Daniya dpt dikongsi kerana setiap detik perjalanan ini ada pahit dan manisnya..

Ini dia buah hati saya n suami, kembar perempuan yg lahir pada usia kandungan 27 minggu..bayi pra-matang kurniaan Allah yg  sgt tabah dan kuat..Born on 27th April 2012 secara pembedahan..First twin kami namakan Aisyah Suffya n second twin kami namakan Aisyah Daniya..Teringat kenangan pening bersama suami ketika menamakan kedua buah hati kami siapakah yg patut menjadi Suffya n Daniya..
 
After a few discussion, we agreed to named Aisyah Suffya for our first twin since she look very "garang" inside her incubator...Aisyah Suffya pada kami merujuk kepada wanita yg sgt lembut..Jadi kami berikan pada anak ini dgn harapan ia dpt mengimbangi ke"garang'an nya..it's funny..haha..this is what we called parent's instinct..
 
Meanwhile Aisyah Daniya kami namakan untuk our second twin..sgt manja selalu buka mata bulat2 ketika kami dtg melawat..banyak dugaan sejak dia dilahirkan..Daniya bermaksud kecantikan..juga kami harap nama ini beri Daniya kekekuatan untuk terus berjuang..


AISYAH SUFFYA BINTI SUFFIAN HADI @ 27/04/2012 @1.32am

 
Berat Suffya ketika lahir 1.0kg dgn tinggi 34cm.
 
 
 AISYAH DANIYA BINTI SUFFIAN HADI @ 27/04/2012 @1.33am



Berat Daniya ketika lahir 1.04kg dgn tinggi 34.5cm.
 
Syukur pada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini..Satu kejutan untuk melihat wajah mereka pada usia kandungan seawal 6 1/2 bulan..kedua-duanya sgt kuat n tabah walau tubuh hanya sebesar tapak tangan..
 
Masih banyak kisah tentang twin gegurl untuk dikongsi..cuba untuk menulis kisah sejak 1 tahun 4 bulan yg lalu..moga Allah kasihi dan rahmati family kami..Aminn..
 
 #Alhamdulillah#SubhanaAllah#SyukurAllah#